Wednesday, September 22, 2010

~AnAk-AnAk DaN KeReNaHnYa~

Salaam,

Masih dalam mood Aidilfitri? Salam Aidilfitri...Eid Mubarak.... maaf zahir batin andai tersalah dan silap sama ada sengaja atau tidak.

ZIKR

Tahun depan Zikr bakal berumur 5 tahun dan bersekolah tadika. Aku masih mencari-cari/surfing/tanya-tanya tentang sekolah yang sesuai. Bukan senang rupanya, banyak sangat sekolah tadika/pre-school yang hanya mementingkan ilmu dunia je dan ada yang langsung bagi budak-budak bermain seharian tanpa input. Hmmm...InsyaAllah dipermudahkan....

Malam semalam sedang aku bersantai menonton TV bersama Myra. Abah nya keluar dengan Zikr. Tetiba abahnya menegur Zikr..dan Zikr tersengih-sengih. Aku tanyalah kenapa, dorang berdua masih lagi pandang-memandang. Kemudian hubby beritahu yang Zikr masuk ke bilik dan meminta hubby buatkan susu. Hubby meminta Zikr memanggil aku tapi Zikr beritahu yang aku sedang susukan Myra. maka hubby pun keluar nak pergi buat. Bila dia nampak aku sedang tengok TV tak buat apa, dia tahulah Zikr telah membuat kenyataan palsu!

Yang si Zikr dengan rasa bersalah setelah ditangkap hanya tersengih-sengih. Aku tegur pulak:

"Tak baik tipu abah, berdosa tau...nanti Allah marah"

Zikr sedia maklum yang kalau Allah marah nanti masuk neraka, maka dia pun tetiba menitiskan air mata dan meraung.

"Abang tak mahu masuk neraka, abang nak masuk syurga, abang minta maaf mummy"

Aku suruh dia pergi minta maaf kat abahnya, sebab yang dia tipu tu abah bukan aku, kerana takut yang amat sangat, Zikr tak mahu pergi dan beriya minta maaf kat aku. Aku tetap biarkan dia sampai dia pergi minta maaf kat abahnya. Bila dia dah rasa ok sikit, dia pergi la minta maaf kat abahnya. Bila dah selesai, aku check dulu dengan abah, dah ok baru buatkan susu.

Moral of the story:

Memang le macam kejam kan, biarkan dia menangis meraung begitu lama-lama, tapi inilah yang kami kena buat nak ajar anak tentang perbuatan menipu. Dalam jangka masa panjang, apa akan terjadi kalau abahnya biarkan je dan pergi buatkan susu dia? tentu dia akan rasa, yang kalau dia buat macam tu selalu tentu senang kerja dia nak minta tolong sapa-sapa, tipu je yg sorang lagi busy.

Hmmm...lepas dah beri susu tu, aku peluk Zikr dan terangkan tentang kenapa salah menipu tu, time begini memang sesuai dimanfaatkan, sebab dia tenang dan masih rasa bersalah, jadi harapnya dia lebih tenang nak terima teguran. Inject sikit dengan cerita-cerita tentang bahaya menipu ni.

Sebelum aku tidur, dia datang dan cium-cium aku, sambil kata yang dia sayang abah dan mummy. Alhamdulillah... semoga dia tak buat lagi...

MYRA

Myra pun tak terlepas dari hal-hal begini. Dia ni betul-betul fussy tentang botol dan puting susunya. Dia nak yang sama je, bila puting tu dah rosak jenuh nak bagi dia yang baru tu... menangis-nangis tak tentu arah dan membaling botol ke dinding. Tu boleh lagi la, aku pujuk guna puting baru, tunjukkan perbezaan kotor lah, rosak lah, senang je. tapi kalau bab bentuk botol susu yang tak sama buat dia tak mahu tu aku tak faham. Macam mana nak buat dia tengok/belek botol tu dan pastikan yang sama baru dia minum. Satu hari tu siap 4 kali tukar botol baru dia nak, yang sama jugak.

Masalahnye dia nak botol susu yang set yang datang dengan spectra pump tu. Kalau dah rosak tu dah tak de la jawabnya mummy nak membeli. Jadi aku biar je dia menangis dan tetap dengan pendirian aku memberi dia botol susu tukar-tukar... tengok je lain campak... lama-lama dia dah penat, dia ambil jugak botol lain dan minum. 2-3 kali buat macam tu, Myra dan soft sikit... kurang sikit fussynya.

Bab makan jangan risau, semua dimakannya. dari celik mata nak biskut la..nasi lah... sampai ke petang.. pantang nampak orang makan, malam pun masih mengunyah lagi. Gigi le nak kena jaga. kalau tak betul jaga nanti, cepat rosak pulak. Badan tak naik-naik pun, 8 kg je dari umur setahun hari tu.

Moral of the story:

Tegas je la dengan keputusan kita tentang sesuatu. Bukan tak sayang anak, cara je... nanti bila dah cool balik, peluk dan explain baik-baik. Garang-garang kami pun, dua-dua ni masih lagi nak berkepit dlam semua keadaan, kalau tidur tu memang berhimpit-himpit je. Lemas weiii... tapi tak kisah pun. Seronok je..:))))

Itu je la updatenye...

0 comments: