Monday, March 08, 2010

~BeLaSuNgKaWa - Dr. WaHyUdI~

Salaam,

Life is short and even shorter to some people….

But this person I knew… life for him…is longer than he would know it could be.

Selepas selesai pembentangan case study di kelas, dan bersantai-santai berbual dengan sahabat2 sepengajianku, aku menerima panggilan dari seorang sahabat meng-khabar-kan berita yang sangat menyayat hati.

Prof. Dr. Wahyudi Martono telah kembali ke rahmatullah hari Ahad, 7 Mac 2010, jam 1.30 pagi…

Sebaik mendengar berita itu… aku terpaku seketika… tidak tahu reaksi bagaimana harus aku pamerkan. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, satu-satu wajah Dr. Wahyudi tergambar di mata ku… beliau bukan sekadar pensyarah biasa. Beliau pernah menjadi supervisor untuk projek tahun akhir aku dan Linda. Pernah juga mengambil subjek dengan beliau…tapi beliau bukan pensyarah biasa…

Komenku hanya satu…. ‘Beliau adalah insan yang paling genius pernah aku jumpa’…

Pertama kali aku betemu beliau adalah untuk mendapatkan tanda tangan sesuatu dan berkenalan dengan Supervisor untuk projek akhir tahun ku… menunggu di depan pintu bilik beliau sambil membaca-baca papan notis berhampiran. Kelihatan seorang lelaki muda yang kufikir hanyalah salah seorang student yang juga berhajat bertemu beliau. Beliau turut membaca-baca papan notis tersebut..aku sedikit pun tidak menegur sehingga beliau melangkah masuk ke bilik tersebut. Baru aku sedar yang beliau itulah orang yang ku cari!

Aku meminta izin untuk masuk dan waktu itu azan Dzuhur mula berkumandang. Maka aku disuruh duduk dan kami berdiam diri sehingga habis azan. Sebaik habisnya azan… dia meminta aku menunggu untuk 20 minit lagi. Aku hanya buat hal sendiri di telefon bimbit sambil menunggu beliau menaip sesuatu … habis 20 minit beliau bertanya:

“Don’t you know me?”

Aku menggeleng, bertambah malu dibuatnya…bukankah aku sepatutnya mengenali pensyarah ku sebaik bertemu tadi?

“You deserved that 20 minutes”

Ohhh… aku telah didenda rupanya… segala-galanya berjalan lancar selepas itu. Banyak nasihat-nasihat yang telah diberikan beliau sepanjang aku menjadi anak didiknya. Pernah satu kali itu aku hampir mendapat D setelah mengetahui yang markah untuk ujian pertengahah semester tidak memuaskan, (ya…aku memang sering berada di bawah!) aku bertemu beliau (juga bagi pihak beberapa kawan lain yang senasib) untuk memohon diberikan ujian tambahan bagi membantu keputusanku nanti.

Dengan tenang beliau mencari-cari sesuatu di laci meja. Dikeluarkan transkrip beliau semasa undergrad dulu dan menyuruh aku membaca satu-satu markah yang beliau dapat. Kelihatan markahnya adalah ‘extreme to extreme’, di celah-celah barisan A ada juga yang D, dan menurut beliau, beliau pernah mengambil satu subjek itu beberapa kali baru lulus.

Dan kata beliau lagi, lihatlah kedudukan beliau ketika itu. Tidak semestinya, seseorang itu tidak perlu gagal untuk menjadi orang yang berguna dan berjaya. Kerana kegagalan itu beliau usaha lebih keras untuk mendapat yang lebih baik lagi di masa hadapan. Dan ilmu adalah sesuatu yang misteri, kertas bukan semestinya tempat untuk dipamerkan kekuatan ilmu, tapi di ‘sini’, sambil menunjukkan kepala beliau.

Kata-kata itu kusemat di dalam hati. Semester itu aku tidak gagal… aku telah lulus kerana telah diberi peluang untuk menjawab dengan lebih baik semasa ujian akhir…hasil dari kata-kata beliau itu.

Aku menjadi insan yang baru! Betapa hebatnya kata-kata seorang yang kenal erti kejayaan sebenar…

Dan… hari ini… aku mengalirkan air mata untuk insan yang mengubah haluan hidupku. Seorang yang berjuang atas nama Islam dan Ilmu…bukan aku seorang, aku percaya ada ramai lagi anak-anak murid beliau yang berperasaan dan berpengalaman mengenali beliau. Beliau sudah meninggalkan kita tapi legasi ilmunya akan berterusan dan mengiringinya seiiring perjuangan beliau di muka bumi Allah S.W.T ini…

Life is short and even shorter to some people….

But for Prof. Dr. Wahyudi Martono…. the memories and knowledge he conveyed … make his life longer than he would know it could be…


Takziah buat keluarga almarhum…Sis Winda, anak-anak dan keluarga beliau...semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama mereka yang dikasihi-Mu ya Allah...

other blogs writing about him here, here and here

4 comments:

Nono Fara said...

salam akak. if you remember you left your comments on my blog kat nonowrites.com dulu. juga mengenai dr wahyudi.. thanks sbb kongsi cerita yang sangat meng-inspired-kan saya.

ps. i miss him so much kakak! :')

hannaH said...

salam.tenkiu link ke blog saya..he's a legend. satu2 nya guru yg tidak perlu sentiasa mendapat pujian tetapi sentiasa mendapat kesan di hati pada sesiapa yg kenal almarhum.

lydiarayyan said...

he's my fyp supervisor too

edyan7 said...

nonofara: salaam dear... thanks for visiting, miss him too...:(

hannah: akak suka membaca tulisan2 pelajar ttg almarhum... setiap pelajar mesti ada sesuatu kenangan dan nasihat yg akan sentiasa diingati... besarnye jasa seorang guru...

lydiarayyan: he sure was a good one!