Friday, December 03, 2010

~MoVeD~

Salaam,

I've moved to http://olivehijau.com/ please click the link for future updates. See ya!

Wednesday, September 22, 2010

~AnAk-AnAk DaN KeReNaHnYa~

Salaam,

Masih dalam mood Aidilfitri? Salam Aidilfitri...Eid Mubarak.... maaf zahir batin andai tersalah dan silap sama ada sengaja atau tidak.

ZIKR

Tahun depan Zikr bakal berumur 5 tahun dan bersekolah tadika. Aku masih mencari-cari/surfing/tanya-tanya tentang sekolah yang sesuai. Bukan senang rupanya, banyak sangat sekolah tadika/pre-school yang hanya mementingkan ilmu dunia je dan ada yang langsung bagi budak-budak bermain seharian tanpa input. Hmmm...InsyaAllah dipermudahkan....

Malam semalam sedang aku bersantai menonton TV bersama Myra. Abah nya keluar dengan Zikr. Tetiba abahnya menegur Zikr..dan Zikr tersengih-sengih. Aku tanyalah kenapa, dorang berdua masih lagi pandang-memandang. Kemudian hubby beritahu yang Zikr masuk ke bilik dan meminta hubby buatkan susu. Hubby meminta Zikr memanggil aku tapi Zikr beritahu yang aku sedang susukan Myra. maka hubby pun keluar nak pergi buat. Bila dia nampak aku sedang tengok TV tak buat apa, dia tahulah Zikr telah membuat kenyataan palsu!

Yang si Zikr dengan rasa bersalah setelah ditangkap hanya tersengih-sengih. Aku tegur pulak:

"Tak baik tipu abah, berdosa tau...nanti Allah marah"

Zikr sedia maklum yang kalau Allah marah nanti masuk neraka, maka dia pun tetiba menitiskan air mata dan meraung.

"Abang tak mahu masuk neraka, abang nak masuk syurga, abang minta maaf mummy"

Aku suruh dia pergi minta maaf kat abahnya, sebab yang dia tipu tu abah bukan aku, kerana takut yang amat sangat, Zikr tak mahu pergi dan beriya minta maaf kat aku. Aku tetap biarkan dia sampai dia pergi minta maaf kat abahnya. Bila dia dah rasa ok sikit, dia pergi la minta maaf kat abahnya. Bila dah selesai, aku check dulu dengan abah, dah ok baru buatkan susu.

Moral of the story:

Memang le macam kejam kan, biarkan dia menangis meraung begitu lama-lama, tapi inilah yang kami kena buat nak ajar anak tentang perbuatan menipu. Dalam jangka masa panjang, apa akan terjadi kalau abahnya biarkan je dan pergi buatkan susu dia? tentu dia akan rasa, yang kalau dia buat macam tu selalu tentu senang kerja dia nak minta tolong sapa-sapa, tipu je yg sorang lagi busy.

Hmmm...lepas dah beri susu tu, aku peluk Zikr dan terangkan tentang kenapa salah menipu tu, time begini memang sesuai dimanfaatkan, sebab dia tenang dan masih rasa bersalah, jadi harapnya dia lebih tenang nak terima teguran. Inject sikit dengan cerita-cerita tentang bahaya menipu ni.

Sebelum aku tidur, dia datang dan cium-cium aku, sambil kata yang dia sayang abah dan mummy. Alhamdulillah... semoga dia tak buat lagi...

MYRA

Myra pun tak terlepas dari hal-hal begini. Dia ni betul-betul fussy tentang botol dan puting susunya. Dia nak yang sama je, bila puting tu dah rosak jenuh nak bagi dia yang baru tu... menangis-nangis tak tentu arah dan membaling botol ke dinding. Tu boleh lagi la, aku pujuk guna puting baru, tunjukkan perbezaan kotor lah, rosak lah, senang je. tapi kalau bab bentuk botol susu yang tak sama buat dia tak mahu tu aku tak faham. Macam mana nak buat dia tengok/belek botol tu dan pastikan yang sama baru dia minum. Satu hari tu siap 4 kali tukar botol baru dia nak, yang sama jugak.

Masalahnye dia nak botol susu yang set yang datang dengan spectra pump tu. Kalau dah rosak tu dah tak de la jawabnya mummy nak membeli. Jadi aku biar je dia menangis dan tetap dengan pendirian aku memberi dia botol susu tukar-tukar... tengok je lain campak... lama-lama dia dah penat, dia ambil jugak botol lain dan minum. 2-3 kali buat macam tu, Myra dan soft sikit... kurang sikit fussynya.

Bab makan jangan risau, semua dimakannya. dari celik mata nak biskut la..nasi lah... sampai ke petang.. pantang nampak orang makan, malam pun masih mengunyah lagi. Gigi le nak kena jaga. kalau tak betul jaga nanti, cepat rosak pulak. Badan tak naik-naik pun, 8 kg je dari umur setahun hari tu.

Moral of the story:

Tegas je la dengan keputusan kita tentang sesuatu. Bukan tak sayang anak, cara je... nanti bila dah cool balik, peluk dan explain baik-baik. Garang-garang kami pun, dua-dua ni masih lagi nak berkepit dlam semua keadaan, kalau tidur tu memang berhimpit-himpit je. Lemas weiii... tapi tak kisah pun. Seronok je..:))))

Itu je la updatenye...

Monday, August 23, 2010

~SuMaYyA~

Salaam,

Hari Sabtu lepas kami beramai-ramai mengunjungi Sumayya di Menjalara, Kepong. Sumayya ni mmg dah jadi port kami cari baju muslimah. Designnya mmg cantik2 dan paling best, keselesaan dan kualiti material dia yg tahan lama dan mudah dijaga. Lagi pun susah juga nak cari t-shirt yg labuh sambil warna dan design yg tidak keterlaluan. Banyak yg ada sekarang terlalu banyak warna terang dan wording, yg buat aku 'kureng' sket nak beli dan pakai.

Sumayya mmg just nice dgn citarasa aku. Sepanjang bulan Ramadhan ni ada diskaun untuk lebih 80 design terpilih dan ada stok rekaan yg baru2...kami pon ambil kesempatan nak dpt diskaun yg mengancam jiwa dan poket kami..heheh...di samping menumpang diskaun retailer Kak Dik yang menyelerakan tu.

Setelah lebih 2 jam ber'kampung' kat kedai tu siap anak-anak berlari-larian segala, maka kami pon berjaya membeli...aku beli yg kat gambar2 yg aku pinjam dari website dia ni.. ada satu tak jumpa gambar kat website dia...


Aku beli yg model tu pakai kaler hitam... cantek.. ada zig-zag design kat part legan tu sambil opening tangan adalah 'bell type' <--- ni aku belajar dari Angah dan Kak Dik... pas tu ada ruffles kat bahagian bawahnye... yg ni normal price sbb baru keluar, tp ada retailer discount kalau beli banyak (mix)... Jubah ni aku beli sbb hubby suka... mula-mula aku tak minat sgt sbb susah aku nak susukan Myra bila berjubah. Tapi jubah ni ada zip di bahagian dada... hubby pun dah awal2 lagi berkenan, pas tu aku amik kaler dark brown. jadi lah baju raya aku tahun ni! yeay... yang ni harga biasa RM110... diskaun raya jadi RM95... pas tu dpt lagi diskaun retailer jadik murah giler...huhu... I like!! Tapi kan... aku kan rendah sket kan... jadi agak labuh la dia..hehe tp aku suka sbb aku amik saiz XS..:))

Yg ni pon aku amik saiz XS sbb saiz S punya besar sket... aku suka lengan cerut macam ni...sweet je bila memakainya... hmmm... yang ni ada diskaun giler2 punya... last2 pas diskaun segala...jadik RM2o++ je..huhu
Yang ni... mula2 aku skeptik sket nak beli sbb nnt nampak mengembang kat bahagian tertentu kan..haha... tapi bila dah cuba... cantiknye!! suka sgt... aku amik saiz XS dan kaler dark brown... dan rasa2nya boleh sgt dipakai masa aku preggy nnt...errr...bila ye?...hahahh tapi aku pakai bila-bila masa aku suka je..:))
Ada selai lagi warna ala-ala peach ke pink ntah..hehe tak pasan... tp takde dlm website dia lagi... pun cantik sbb design kat bukaan tgn dia yg ada button...
Masih sempat lagi nak beli dgn harga diskaun ni, sepanjang bulan puasa ni... dan kalau beli lebih dari 20 helai ada extra diskaun... share le reramai baru best...:))
Kesimpulannya... aku sgt berpuas hati dgn proses dan hasil beli-belahan ini...hehe... dan semoga usaha kami nak menutup aurat ini diberkati Allah S.W.T..insyaAllah...
Note: Photos taken from Sumayya website : Sumayya Design


Tuesday, July 06, 2010

~MeReKa2 Yg TeRpEnTiNg~

Salaam,

Aku update hari ni sbb aku rasa malas malu dgn kwn2 bloggers lain yang rajin banget meng'update'...demam facebook le ni..ces...abes sawang blog ku!

Sekadar berkongsi gambar terbaru anak-anak... yang nakal lagi lincah...


Myra yang sedang makan strawberi kering... comot2 gitu... dia mabuk2 sket masa naik CM.. lam kete berapi kali nak muntah... dia buat2 pejam mata..konon2 tak rasa sgt le tu..heheh

Yang ni Myra lepak2 kat FRIM...ada satu air terjun yg sejuk giler... tak tahan aku gi sini, asal pegi je anak2 demam...huh... tp redup je.... cantik sunggoh tempatnye..:)))...Myra sedang mencuba kasut baru yg terkecik cantik..dan dah dimodified oleh mummy...huhu



Zikr sedang beraksi dgn botol susu nye.. alahai abang, gaya dah ada... botol pulak interframe..huhu yg sorang ni mmg begini kalau depan kamera...ada je aksi melampau dan tak diminta..



Adik dah conquer pokok tak kasi abang dekat... sebelum tu ada satu hal berlaku di mana Myra telah menolak Zikr sekuat-kuat hatinye... sehingga jatuh ke belakang pokok... nanges le kejap.. Myra buat dek je... nampak je kecik... tp kuat...
Itu je lah nak update... 22 June lalu... Zikr dah genap 4 tahun! dan hubby dah sambut birthday yg ke ehem..ehem.. apda 5 July....heheh... teruk giler aku ni... langsung tak dedicate satu entri utk dorang tau!
ciao dulu... !



Monday, June 21, 2010

~ReNtEtAn LuPa KuNci~

Salaam,

Hari ni sgt aneh, macam-macam benda terjadi.

Aku pergi audit ke Rawang, mengambil masa hampir sehari. Aku balik opis pun dah pukul 4 pm. Baru nak On PC dan buat kerje. Sampai-sampai opis, ada projek urgent pulak nak di coordinate. Mesin masuk lagi 3 hari....hari ni tiba-tiba decide. satu apa dokumen pon tak ready, maka aku dah berterusan keletihan...

Masa 5.15pm, aku gi surau dan flat terus...kepala pusing dna aku hampir jatuh masa amik wudhu', barulah aku realize yg aku demam dan sakit tekak melampau. Patut lah sengal2 je badan. Called hubby dan beritahu aku nak tidur sebentar sebelum balik. Kebetulan, hubby kena balik lewat nak proses loan application by today jugak, maklumlah esok interest rate baru...hai...dunia..tp itu cerita lain.

Balik ke cerita aku, aku keluar dari opis pukul 6.15pm...tunggu bas 15 min dan naik LRT di stesen Dato' Keramat. Dalam LRT ada lak satu minah ni tumpahkan kopi kat kaki dan kasut aku... ceh... dia takde minta maap pon buat bodoh je... aku malas nak marah2 sbb kepala pening yg amat.

Sampai Stesen Kerinchi pukul 7.15 pm..aku naik bas setelah lenguh menunggu (beratur sambil berdiri tau kat stesen ni) pd 7.30 pm. Sekali bas tu round satu PD, masuk route baru extra 10 min... adeh... letih nye lah. Nak sampai baru aku teringat...alamak! aku takde kunci umah.... cam ne nak masuk... ayah dah gi surau dah waktu2 cam ni dan akan hanya balik pukul 9.30pm...called hubby, minta tolong balik cepat.

Ketika aku dalam perjalanan nak naik ke blok, ada satu kereta (gov) 4x4 nak masuk parking bawah bangunan, jadi aku tunggu lah dia parking dulu sebab fikiran aku dah serabut giler memikirkan, waktu dah nak abes (aku sampai dah kul 8.10pm , anak nak ambil, kunci lak takde... ubat gigi dah abes (selingan)..takut kang tgh serabut tu kena langgar pulak...naya je,
maka aku berdiri sambil muka yg masam, aku tak perasan yang aku sedang memandang kosong kat kereta tgh nak parking tu.

Driver dia keluar, aku singgah jap kat keta aku yg kebetulan dekat ngan keta dia, masih memikirkan kunci umah yg attach dgn kunci keta. Masa aku lalu depan keta dia, boleh dia pandang aku dgn keadaan marah dan tengking:

"apahal kau!!?"

terkejut aku, tp aku takde perasaan sbb aku blur + tak sihat + nak singgah kedai
+ nak amik anak + nak kejar maghrib.... aku masuk kedai beli ubat gigi. Budak kedai tu tanya apasal dia marah aku...manalah aku tau!

Bila aku keluar kedai nak naik tangga, dia pandang tajam, masa selisih tu dia tengking lagi...

"apahal ni!!!"

sekali lagi aku terkejut... aku cuma terkeluar perkataan Allahu akbar jek... dan blah....kelihatan bini dia, berpakaian uniform jugak, lain bidang, sdg menyelenggara anak2 dan dorang yg baru keluar keta tercengang-cengang tgk ayah mereka...hmmm....

Singgah solat kat umah pengasuh tp tak lepak lama sbb segan, bawak le anak2 ke depan umah. Bersidang le kami anak beranak main bola-bola kecik aku beli kat A&W tadi sambil tunggu hubby balik.

Masa hubby balik tu aku cite la kat dia, hubby biasa2 je... dia kesian kat aku. Pada ketika itu aku rasa bersyukur sgt, aku tau dan sgt yakin hubby takkan buat benda2 mcm encik driver tu buat. Tengking2 org tak tentu pasal... pdhal tak tau apa masalah yang ketika itu aku serabutkan... Hubby mesti buat dek je dgn pandangan org dan kalau terbuat silap akan segera minta maaf dgn org... dan sempat lagi didik kami anak beranak jgn ada sangka buruk dgn org. Ada le pernah jugak dia marah2, tapi reason nye konkrit dan tepat le... paling2 dia mengucap dgn kuat jek.

Hmm... aku dah balik dan makan ubat, anak2 pun demam jugak, siap muntah2 dari pagi. Aku redha je lah apa yg jadi kat aku hari ni... mesti ada hikmahnya Allah nak tunjuk....

Friday, May 07, 2010

~KeSaL~

Salaam,

Hidup ini pendek... adakah ringkas? .... hidup ini cukup rumit bagi mereka yang suka merumitkan... maka ringkas pula pada yang meringkaskan....

Aku menujukan entri ini untuk seseorang.... dia tau sapa dirinya... melainkan dia cukup jahil untuk memahami apa yang cuba aku sampaikan padanya....semestinya tidak... dia pelajar yang baik... sudah tentu dia faham apa yang aku cuba tulis ini...

Ini adalah caraku untuk memberitahunya, kerana aku sudah tidak boleh lagi berlembut...'slow talk', malah sudah sampai tahap memarahinya... sebetulnya aku tidak suka berbuat begitu... dan aku tahu lambat laun dia pasti emmbaca entri ini...

Hidup ini ringkas... tujuan hidup manusia adalah sentiasa mentaati Allah dan RasulNya... jika kepada manusia... ibu bapa dan suami lah yang lebih berhak... selain itu... ada juga insan-insan lain yang dinamakan saudara seibu sebapa yang layak dihormati dan disayangi....begitu lah adanya kehidupan. Taatilah suruhanNya dan RasulNya dan berlaku baiklah kepada insan2 tadi...

Ibu melahirkan selepas menahan kesengsaraan dan ketidakselesaan mengandungkan selama 40 minggu... sakit pula melahirkan... Subhanallah...hanya Allah dan kematian saja dalam fikiran mereka yang pernah melaluinya. Aku juga pernah silap... pernah menjadi kurang ajar... pernah juga menyakiti hati kecil ibu.... semuanya itu... kusedar semasa saat-saat melahirkan semakin tiba.

Jangan ulangi kesilapan ku... andai kamu masih ada ibu... hormatilah ibumu... hormatilah ayahmu yang sehingga kini kamu lihat tidak berharta...walau bekerja bertahun-tahun, adakah pernah kamu fikir ke mana harta-harta hasil usahanya itu?...bukankah untuk belanja makan pakaimu? menjadikan kau seorang yang terpelajar kini?

Jaga mulutmu... usah mudah meluah bohong... janji yang tidak ditepati... rupa yang cantik dkurniakan Allah, walau sering tidak disyukuri di sejadah menghadapNya, tidak ada ertinya jika hanya menjadi bahan dan medium untuk menderhaka... hati ibu perit dan asyik memikirkan apakah sikapmu ini hasil didikan nya?... sedarlah... ibu hanya diberi kuasa oleh Allah untuk menjadi orang yang menunjuk jalan...kamu sendiri yang memilih jalan buruk itu...usah salahkan ibu....

Usah ungkit kisah lalu... kalau ibu pernah memukulmu, memarahimu.... tujuannya hanyalah untuk menjadikan mu manusia yang mengenal diri.... kalau saudaramu menasihatimu...sudah pasti untuk kebaikan... usahlah dilarikan diri dari keluarga... ianya bakal merugikan dirimu semata-mata. Andai kau sudah punya kekasih hati, ajarlah dia menjadi pasangan yang menghormati kedua ibu bapamu dan bersahabat dengan saudara-saudaramu....

Dekatkan lah dirimu dengan Tuhan Maha Pencipta... usah lihat kekurangan manusia lain... lihat dulu kekurangan diri sendiri....perbaiki apa yang boleh....

Usah bangkitkan isu tidak cukup kasih sayang dan perhatian.... adakah dirimu sudah memberi kasih sayang sewajarnya untuk dirimu sayangi? dan adakah kamu sudah memberi penghormatan yang sewajarnya kepada mereka untuk dirimu dihormati?...fikirlah sendiri... ambil masa untuk melihat sekelilingmu... ambil kain dan tutuplah kepalamu yang dbayar fitrahnya oleh ayahmu... kamu masih dibawah lindungannya... dosamu disabitkan atas dirinya... tidak kasihankan tubuh tua itu menanggung dosa-dosa yang dilakukan oleh dirimu yang jiwanya hanya untuk dunia?

Jika tidak sayang aku tidak akan mengambil tahu... jika tidak peduli aku tidak akan menyibukkan diri... jika tidak hormatimu aku tidak akan bernegosiasi denganmu... kamu manusia bebas, bukan hamba, kamu bebas membuat apa-apa saja..asalkan berlandaskan panduan yang betul....

Sudahlah tu, jangan diikut darah mudamu... ujian Allah masih banyak untukmu... kerana Dia masih menyayangimu, tidak percaya? Cuba fikirkan.... Allah sudah menjatuhkan hidayah di hati mereka di sekelilingmu untuk sentiasa ingat dan mengambil tahu keadaanmu... itulah rahmat Allah paling besar padamu... cuma kamu yang tidak tahu menafsirnya...

Family is all you have. Where ever you go, when ever you need comfort and a shelter... they always there with you. Take this limited time to take a bow and reduce your ego level, ego don't bring you anywhere...where as it is closer to 'An-Nar' than you think it is.

Aku masih mendoakanmu...selemah-lemah imanku untuk kebaikan dirimu... andai kau masih berdegil dan tetap dengan pendirianmu... aku berserah dan maafkan aku jika aku terpaksa lupakan dirimu buat sementara waktu... hingga hati ini terubat di kemudian hari... jika aku jua boleh merasa begitu... fikirkanlah tentang ibumu... dan besarnya dosa yang bakal kamu tanggung andai kamu terus-terusan melukakan hatinya itu....

Monday, April 19, 2010

~AwArD~

Salaam,


Ini lah award yg aku dapat dari ex-schoolmate aku... thanks k.e kerana sudi memberi award ini... tapi tak tau le sbb apa... adakah kerana blognye chantek..atau pon tuannya yg mengancam (lagi terancam)...hehe...

Nak kena jwb tag yg payah sket kat aku ni... tak pe...aku coba...

senarai 7 perkara ttg diriku....

1. aku gila gadgets.... cam pernah tulis dulu la.... aku suka dan suka-suka wat research pasal sesuatu...tapi tak de le mengejar teknologi sgt... agak kemunduran bila time membeli... ye... aku sedar keadaan poketku ini...sob..sob... tapi kalau aku mampu tentu aku dah beli yg dasyat2 giler..huhu

2. suka buat banyak kerja satu masa... skang ni porfolio aku ialah, isteri, ibu, pekerja (kuli)..student dan hobbyist... nnt dah abes study...aku nak buat beberapa short courses yg aku dah siap2 plan... tunggu green light je dr hubby...sbb apa pon rancangan org pompuan ni tak dapat keredhaan suami...tak berkat..hehhe tahap kesibukan sekarang adalah sgr tinggi dan memakan diri..hohoho

3. berazam nak ada 5 anak... sblm aku jumpa hubby...aku plan nak 7 org... bila kawen...hubby cakap 5 dah ok... sbb (aku dah tuakah?) yg penting kesihatanku dan masa untuk anak2... ye lah..aku paham.. aku dah lambat kawen..:) baru dua...lagi tiga..insyaAllah jika diberi keizinan...

4. aku pernah amik satu subject 3 kali masa kat U... 2 kali failed dan yg last tu dapat A...hehehe... pas tu jadik tutor dan penjaga (?) lab untuk subjek ittew...hehe ye...aku juga pernah gagal (cewah...cam le best sgt tak pernah gagal!...)

5. cita2 sebenar aku yg aku tulis kat borang masa sekolah rendah dulu ialah PEGAWAI PERHILITAN...aku tak berapa paham maknenye...tapi aku bangga sbb aku pandai eja dia...hahahhahaha

6. aku berkeinginan dan bercita-cita untuk buat sesuatu secara free of charge... masih memikirkan amna nak cari modal...insyaAllah diberi kemudahan....amiin...tentu ada jalannye....:)

7. nama Humayrah untuk myra aku create masa dia dah lahir sebelum tu aku nak letak Hayati...tapi tak jadik sebab pipi myra sgt merah dan gebu.... langsung kulihat hamra'....jama'nye humaira'... dan panggilan mesra Aisyah r.a.....


errr...ittew je lah yg aku leh fikir... skang, myra dah nak susu...

Monday, March 08, 2010

~BeLaSuNgKaWa - Dr. WaHyUdI~

Salaam,

Life is short and even shorter to some people….

But this person I knew… life for him…is longer than he would know it could be.

Selepas selesai pembentangan case study di kelas, dan bersantai-santai berbual dengan sahabat2 sepengajianku, aku menerima panggilan dari seorang sahabat meng-khabar-kan berita yang sangat menyayat hati.

Prof. Dr. Wahyudi Martono telah kembali ke rahmatullah hari Ahad, 7 Mac 2010, jam 1.30 pagi…

Sebaik mendengar berita itu… aku terpaku seketika… tidak tahu reaksi bagaimana harus aku pamerkan. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, satu-satu wajah Dr. Wahyudi tergambar di mata ku… beliau bukan sekadar pensyarah biasa. Beliau pernah menjadi supervisor untuk projek tahun akhir aku dan Linda. Pernah juga mengambil subjek dengan beliau…tapi beliau bukan pensyarah biasa…

Komenku hanya satu…. ‘Beliau adalah insan yang paling genius pernah aku jumpa’…

Pertama kali aku betemu beliau adalah untuk mendapatkan tanda tangan sesuatu dan berkenalan dengan Supervisor untuk projek akhir tahun ku… menunggu di depan pintu bilik beliau sambil membaca-baca papan notis berhampiran. Kelihatan seorang lelaki muda yang kufikir hanyalah salah seorang student yang juga berhajat bertemu beliau. Beliau turut membaca-baca papan notis tersebut..aku sedikit pun tidak menegur sehingga beliau melangkah masuk ke bilik tersebut. Baru aku sedar yang beliau itulah orang yang ku cari!

Aku meminta izin untuk masuk dan waktu itu azan Dzuhur mula berkumandang. Maka aku disuruh duduk dan kami berdiam diri sehingga habis azan. Sebaik habisnya azan… dia meminta aku menunggu untuk 20 minit lagi. Aku hanya buat hal sendiri di telefon bimbit sambil menunggu beliau menaip sesuatu … habis 20 minit beliau bertanya:

“Don’t you know me?”

Aku menggeleng, bertambah malu dibuatnya…bukankah aku sepatutnya mengenali pensyarah ku sebaik bertemu tadi?

“You deserved that 20 minutes”

Ohhh… aku telah didenda rupanya… segala-galanya berjalan lancar selepas itu. Banyak nasihat-nasihat yang telah diberikan beliau sepanjang aku menjadi anak didiknya. Pernah satu kali itu aku hampir mendapat D setelah mengetahui yang markah untuk ujian pertengahah semester tidak memuaskan, (ya…aku memang sering berada di bawah!) aku bertemu beliau (juga bagi pihak beberapa kawan lain yang senasib) untuk memohon diberikan ujian tambahan bagi membantu keputusanku nanti.

Dengan tenang beliau mencari-cari sesuatu di laci meja. Dikeluarkan transkrip beliau semasa undergrad dulu dan menyuruh aku membaca satu-satu markah yang beliau dapat. Kelihatan markahnya adalah ‘extreme to extreme’, di celah-celah barisan A ada juga yang D, dan menurut beliau, beliau pernah mengambil satu subjek itu beberapa kali baru lulus.

Dan kata beliau lagi, lihatlah kedudukan beliau ketika itu. Tidak semestinya, seseorang itu tidak perlu gagal untuk menjadi orang yang berguna dan berjaya. Kerana kegagalan itu beliau usaha lebih keras untuk mendapat yang lebih baik lagi di masa hadapan. Dan ilmu adalah sesuatu yang misteri, kertas bukan semestinya tempat untuk dipamerkan kekuatan ilmu, tapi di ‘sini’, sambil menunjukkan kepala beliau.

Kata-kata itu kusemat di dalam hati. Semester itu aku tidak gagal… aku telah lulus kerana telah diberi peluang untuk menjawab dengan lebih baik semasa ujian akhir…hasil dari kata-kata beliau itu.

Aku menjadi insan yang baru! Betapa hebatnya kata-kata seorang yang kenal erti kejayaan sebenar…

Dan… hari ini… aku mengalirkan air mata untuk insan yang mengubah haluan hidupku. Seorang yang berjuang atas nama Islam dan Ilmu…bukan aku seorang, aku percaya ada ramai lagi anak-anak murid beliau yang berperasaan dan berpengalaman mengenali beliau. Beliau sudah meninggalkan kita tapi legasi ilmunya akan berterusan dan mengiringinya seiiring perjuangan beliau di muka bumi Allah S.W.T ini…

Life is short and even shorter to some people….

But for Prof. Dr. Wahyudi Martono…. the memories and knowledge he conveyed … make his life longer than he would know it could be…


Takziah buat keluarga almarhum…Sis Winda, anak-anak dan keluarga beliau...semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama mereka yang dikasihi-Mu ya Allah...

other blogs writing about him here, here and here

Tuesday, February 16, 2010

~nAkAlKaH?~

Salaam,

Ni entry pertama aku utk tahun 2010... byk benda aku nak tulis psl mcm2 benda... tapi malam ni aku emo lebih sikit...

Macam ni cerita nya....

Ada satu hari tu, kawan satu opis aku cerita pasal budak nakal anak pelanggan bank yang dia jumpa kat satu bank ni. Budak tu nakal sgt sampai baling selipar yg husband akak tu pakai.. lari-lari satu bank tu dan panjat-panjat kaunter dan sebagainye... aku tak delah 'bother' sgt dgn cerita dia ni tapi komen dia yang aku sentap sket...

Akak ni kata... kenakalan budak tu hasil dari didikan mak bapak dia yang biar je anak dia tu buat nakal kat orang. Mmg la mak bapak dia diam dan tengok je. Akak ni marah sampai sound mak bapak budak tu 'tak pandai jaga anak'...entah lah detail nye cam ne...aku pon tak de kat tempat kejadian jadi tak nak komen lelebih. Akak ni mmg le terkenal pandai mengatur sesuatu.. disiplin dan katanye..anak-anak dia tak pernah pon usik benda-benda di rumah dan dia berjaya mengekalkan kebersihan di rumahnye sampai la laa ni anak-anak dah kawen...

Mulai saat aku dengar kata-kata tu.. aku berazam.. tak akan bawak anak-anak aku kalau ada apa-apa acara yg akak ni ada sama... bukan la aku buat atas dasar mengutuk akak ni... cuma aku tak mo anak-anak aku yang mmg lah sgt lasak dan kuat meragam tu merosakkan acara orang lain...

Kenapa aku tulis cam ni? sebab aku boleh jamin yang anak-anak aku boleh buat lebih teruk dari budak kat bank tu buat... aku berpendapat.. mak bapak budak tu dah tak kuasa lagi nak menahan anaknye... bukan nye tak pandai jaga anak...kadang-kadang diorang cuma nak ber'nafas' sket je.... hanya org yg ada anak macam ni je paham situasi ni...

Ada sekali pergi kenduri kawen anak kawan aku... dalam jemputan seramai 3000 org... tuan rumah tu sempat nasihatkan aku bacakan ayat2 tertentu untuk me'rileks'kan sket ke'lasak'kan zikr... bayangkan tgh2 org ramai gilos tu... dia boleh perasan anak aku sorang yg berlari-lari... mencabut bunga... masuk dalam kolam ikan dia dan melalak-lalak bila ditegur....aku pon tak sempat makan sebab dok kejar zikr takut hilang celah org ramai tu...ini bukan perkara baru... aku mmg ber'kejar' ngan hubby kalau gi kenduri...ramai kawan yang kecik hati sbb aku tak datang kenduri... bukan aku tak mo... tapi biasanye... aku akan kehilangan mood sepanjang hari tu dan penat sgt...

Bila aku tegur zikr supaya jgn lari-lari rumah org, mesti ada suara yg tegur aku pulak... 'biarlah yan...budak-budak... jgn ditahan'... hmmm... bila ada budak lain yg nangis sbb kena debik atau ditolak zikr...atau rampas mainan dan nak bawak balik... nak kata apa lagi? Mmg kat luar.. boleh cakap macam-macam.. budak-budak lah.. kecik lagi lah... dalam hati mak bapak budak2 yg kena debik tu kata apa? mesti ada sket rasa bengang ngan anak aku dan nak debik balik..atau kata aku... as simply as...'tak pandai nak jaga anak'... full stop.

Aku muda lagi dalam hal ni...aku jatuh cinta...kawen... dan suddenly lahir zikr... hidup kami berubah 180 darjah... rumah dah tak kemas macam dulu lagi... aku dah tak make-up lagi... sbb tak boleh nak 'locate' mana barang make-up aku.. dan aku dah giving up doing make-up at all! semua barang-barang aku adalah mainan dia... remote tv aku adalah dia yg punya...dari mula celik mata sampai pukul 3 pagi top!... aku hanya ada satu channel saja... 611..CERIA... dan PC dan laptop pon dah abes kena delete oleh zikr...aku tak boleh jumpa thumb drive aku lagi...

Aku tak 'ajar' zikr?... aku akui...zikr adalah budak paling bijak aku pernah jumpa... (setakat hidup aku je la.. aku belum jumpa anak korang lagi!)... dia mudah diajar... apa je la...berminat dgn semua jenis bahasa.. terutamanye english..mandarin dan jepun.. sekurang-kurangnye itulah yang aku dengar dia nyanyi hari-hari lagu kartun-kartun dia tu....tapi.........

aku selalu hilang sabar kat zikr ni.... selamba je jalan tepi myra dan tumbuk budak tu... sadung kaki dia ke... rampas mainan kat tangan dia... hmmm..... kejap je dah melalak dah si kecik tu pulak...ini aktiviti dia hari-hari.....aku dah try slow talk dgn dia... marah dia... dan akhirnye mendapat jugak lah cubitan aku secubit dua!...kalau boleh mmg tak mo tangankan lelebih...tapi... aku penat....

Apa aku nak buat ye? aku doakan dia tiap-tiap hari... bergelen-gelen air doa dari ustaz2 aku bagi dia minum...amalan ayat2 dari al-quran... ayat toha... surah insyirah.. dan sebagainye...aku bacakan tiap-tiap hari...aku pujuk dia malam-malam sebelum dia tidur supaya dengar kata dan explain apa yg salah yg betul.... dia akan peluk dan cium aku sebelum tidur dan janji tak buat lagi... tapi... dia kan ulang esok nye macam tak de apa yg berlaku!

Apa aku nak buat lagi ye utk disiplin kan zikr....? sampai ke hari ni...aku tak berminat nak jemput org datang umah aku sbb keadaan semak nye sgt le menyakitkan mata...org mmg le boleh kata...'tak pe'... dalam hati sapa tahu?? Aku syanag anak aku... tapi biarlah aku yg 'pukul' dia dulu sekarang...sebelum dia dia di'pukul' tangan orang lain....

Hmmmm....

Saturday, December 19, 2009

~My BrEaStFeEdInG JoUrNeY~

Salaam,

Puas cuba lelapkan mata, tapi tak boleh jugak lena. Bangun, bukak lampu tidur... belek-belek Myra di sebelah, bayangkan apa yang mungkin dia mimpikan sekarang. This serene lil girl has been lovingly breastfeeded for almost a year now (+- 2 weeks more). Tak tahu lah macam mana nak ucapkan syukur pada Allah yang beri aku peluang untuk menebus kekesalan aku masa previous experience dulu.

Biar letih memikul beg dgn pam ku dan aksesorinye yang 2kg plus2 tu, terpaksa pulak melayan pertanyaan mereka2 yg ingin tahu kenapa aku bawak backpack instead of stylish handbag ke tempat keje setiap hari, dan kenapa aku collect ice cube satu bag kat cafe setiap tgh hari dan petang (kes malas tumpang kat freezer klinik yg jauh) aku teruskan jua demi this lil girl. Terkejar-kejar in between pumping session and meetings and works adalah lumrah....owh... did I mentioned as a part-time student too?

Biar terpaksa berkejar pumping 15 minutes before entering exam halls... ahhhh... those sweet memories...hehehhe

Biar hujan ketika balik keje (kini aku hanya menumpang hubby bermotorsikal saje) membawa those precious 'liquid gold' to her or in the crowded LRT (bila hubby balik lambat aku kena naik train daa...), I care those less....as long as Myra gets the best rizq' I could help her to get.



Aku bf Zikr selama setahun genap. Not exclusively but whenever I could be near him. I cried to those EBM I threw away coz he would not drink them though nor that I care to store them correctly to preserved the quality as I get back from work....and that was my biggest mistake... being an ignorant it is. I should have studied this issue seriously then.

Exclusive bf was not cheap to me then. I couldn't afford to buy a good pump and good storage. Nobody says that I can do it....be a good mum and a career-oriented person. Really, not easy but can be done. But it was all that... Zikr stopped willingly at the age of 1. Seriously... when he started to laugh and run away every time you want to bf him... you knew he doesn't interested any more. Bottled formula milk it is....still bring me to tears everytime I think of it...

But Myra is lucky enough to have a mummy who already prepared all the things needed for a serious journey of bf. Not that expensive things and accessories (I still using pudding cups to store them!) but sufficient.

My hope... from the bottom of my heart and soul... to continue this journey until 24 mths... so she could have all the 'gold' she entitled of....menggagahkan diri ini... harapnye aku tabah waktu drop period due to stress level ke, ape ke yang menggangu milk production...and hope she will appreciate it by drink mire and more untuk membesar bagai johan!

..dan... akan ku pekakkan telinga kepada segala kata-kata manusia yang suka menjatuhkan semangat ni kan..huh... aku nak dengar dan baca kata-kata yang bagi semangat je tau... lain tak mo! dan contohi my MIL yang susukan semua anak-anaknye dengan susu ibu sehingga 2 tahun...no wonder how excellent her children are....including my hubby of course! :D


hmmm... nampaknye aku akan terus jadik mummy selamba dan lupakan je lah koleksi handbags aku buat sementara waktu....heheheh


to Zikr derarest, mummy will always love you the same regardless the fact that I failed to bf you the way you should get....sorry is the only word I can say....and sorry is the only thing that I feel each day...;(


Ya Allah, Kau berikan lah aku keupayaan dan kekuatan untuk terus menyampaikan rizq' yang Kau tentukan kepada anak-anak ku"...aamiin...

Note: besides Zikr and Myra, Zara anak saudaraku yang sorang tu pon pernah di-bf dan maknanye dia dah jadik anak susu aku le... (cukup syarat2 seperti diberitahu oleh sahabatku Ustaz glamer tu (nama dirahsiakan sebab terlalu glam... heheh)... dan Myra pon anak susuan Mummy Zara.....:)...